Thursday, November 12, 2009

Misi Menyepak Longkang!

Setelah sebulat suara, kami.. raksaksa-rasaksa istimewa mahu meluahkan rasa tidak puas hati kepada sikap longkang bergerak kerana tidak bertanggungjawab terhadap tugas yang diberi iaitu menjaga anak-anak berudu didalam wilayah longkangnya.

Rasanya seperti mahu sepak saja bahagian assnya walaupun longkang mempunyai permukaan yang leper. Tapi kepuasan menendang itu tiada tandingannya. KAMI PUASSSS walaupun hanya memikirkannya, apatah lagi melakukannya secara fizikal.

Terasa seperti mahu mencucuk dua biji matanya, lalu menggulingkannya keatas tanah yang berlumpur. Seperti belacak ditepi pantai. (Geli kottt).


Sejak kebelakangan ini, kelihatan seperti cinta diudara sangat menyesakkan mata yang memandang. Kami tahu, lumrah kupu-kupu mahu mencari pasangannya. Tapi, kalau sudah berlebihan mahu saja kami sembur dengan shieltox buatan tempatan. Serta memijak kupu-kupu berkenaan sehingga tinggal nyawa-nyawa berudu. Simpanlah cinta itu dalam hati. Kerana kami rasaksa yang tidak mempunyai setitik perasaan pun apatah lagi untuk bercinta. Malanglah anda jika menjadi sasaran kami.

Sebelum kami mengundurkan, mahu kami pesan kepada anda semua supaya janganlah bersikap seperti berudu yang tak bertamadun. Semoga kami dapat melihat perubahan sebelum kami melakukan perubahan.



Daaa~ Astalavista.







Written By,
Rasaksa Berempat

0 comments:

Post a Comment

Tentang Kami

Kami Rasaksa Berempat, mengalu-alukan kedatangan kalian ke Tanah Rasakasa kami, tetapi sebarang kekacauan tanpa izin akan kami serang secara halus. Kesian, trimas.
 

Land Of Monster Design by Insight © 2009